- Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai sejarah sambutan Hari Buruh. Disini saya ingin berkongsi sedikit fakta berkenaan dengan Hari Buruh.
- Sambutan ini bermula pada tahun1880 di Amerika dan dikenali sebagai "May Day". Pada ketika itu Amerika berada di zaman "Gilded Age"(1865 - 1900) iaitu zaman yang terkenal dengan amalan sistem ekonomi "Laissez faire"iaitu kerajaan tidak campurtangan dalam ekonomi. Amalan ini menjadikan industri berkembang pesat dan Amerika menjadi ekonomi terbesar di dunia.
- Ini menjadikan kerajaan pusat lemah dan golongan kapitalis ataupun pemilik kilang menguasai ekonomi.
- Golongan ini (Kapitalis) memaksimakan untung dengan menekan pekerja seperti pekerja kilaang dipaksa bekerja 12 hingga 14 jam malah sehingga 16 jam sehari. Tiada hari cuti dan kanak-kanak juga diambil bekerja.
- Akibat tekanan keatas pekerja mereka memperjuangkan idea mereka (Pekerja) iaitu bekerja 8 jam sehari dimana 8 jam masa kerja, 8 jam bereakreasi dan 8 jam rehat. Untuk memperjuangkan hak tersebut mereka mogok di jalanan dan kebiasaanya mereka akan dipukul dan ditembak oleh polis upahan kapitalis seperti "Pinkerton Guards"
- Kemuncak konflik antara pekerja dan kapitalisialah peristiwa Hypermarket (Hypermarket - affair) yang mana telah berlaku pada 3 - 4 mei tahun 1886.
- Dalam peristiwa tersebut beberapa angota polis dan orang awam terbunuh akibat letupan bom yang diletupkan oleh golongan Anarkis / extremis.
- Daripada peristiwa tersebut ramai pemimpin kesatuan pekerja ditangkap dan dihukum bunuh.
- Pada tahun 1888 Persatuan Buruh Amerika menetapkan 1 Mei adalah tarikh memperingati peristiwa Hypermarket, pekerja kilang hanya bekerja 8 Jam sahaja pada hari tersebut sebagai tanda protes.
- Gabubgan Sosialis Ssdunia menyambut tindakan tersebut.
- Maka pada tahun (1889), 1 Mei ditetapkan sebagai Hari Pekerja Antarabangsa (International Workers Day).
- Di negara kita, pada tahun 1972 Tun Dr. Ismail mengumumkan 1 Mei sebagai Hari Pekerja dan sebagai cuti umum walaupun pada mulanya ini telah mendapat tentangan.
- Demikian itu, ini menunjukan sambutan hari pekerja di Malaysia ada kaitan dengan idealogi dan pemikiran pemimpin.
- Semoga ekonomi dari segi perindustrian di negara kita terus berkembang dan berdaya saing.
- Akhir sekali, Saya ingin mengucapkan selamat hari buruh yang akan diadakan pada 01 Mei 2018 ini buat seluruh sahabat dan rakan-rakan blog. Jika ada fakta yang kurang tepat saya mengalu-alukan teguran. In Shaa Allah.
Ikhlas dari saya,
Qhairyel Nizam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan