Sabtu, 28 April 2018

ANTIBIOTIK


  1. Antibiotik ialah sejenis ubat yang membunuh bakteria. Ianya tidak membunuh kulat atau virus.
  2. Oleh itu pemeriksaan doktor amat diperlukan untuk menentukan sama ada antibiotik diperlukan atau tidak.
  3. Kadang-kadang antibiotik diperlukan dalam kes-kes jangkitan virus bagi menghalang berlakunya jangkitan sekunder (Secondary Infection).
  4. Apabila anda diberikan antibiotik untuk merawat penyakit anda hendaklah memastikan perkara-perkara berikut diberi perhatian :-
  • Menghabiskan semua antibiotik yang diberi.
  • Makan mengikut masa yang ditentukan.
  • Patuhi arahan makan sama ada dimakan selepas makan ataupun sebelum makan.
  • Elakan memakan yogurt sekiranya anda ingin memanfaatkan kebaikannya (yang mengandungi bakteria baik) kerana antibiotik akan membunuh semua bakteria termasuk bakteria baik.
  • Sekiranya terdapat tanda alahan seperti gatal kulit hentikan memakan antibiotik dan jumpa doktor dengan segera.

Semoga Bermanfaat
Qhairyel Nizam 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KORD LAGU SENDIRI - MAY

    Am             Dm    Dinginnya di malam ini G              Am    Suasana pilu     Am            Dm    Terkenang daku kembali E          ...